- March 16, 2023
- Posted by: cityrecruit
- Category:
3 Dokumen Penting yang Korang Kena Bawa Pergi Interview
- Salinan Kad Pengenalan
Kad pengenalan ni kan korang bawa pergi mana-mana je so tinggal pergi fotostat je kad pengenalan korang tu. Tak bawa salinan kad pengenalan semasa interview may cause you the whole interview! Nanti panel ingat korang warga asing ke or tak serious nak kerja dengan company diorang.
- Resume
Resume ni penting untuk panel tahu tentang maklumat diri korang secara ringkas termasuklah pendidikan dan pengalaman yang korang ada. Kalau tak bawa resume panjang berjela la korang kena explain kisah hidup korang dari zaman Parameswara xD
- Sijil Akademik & Dokumen Peribadi
Jangan lupa sijil akademik korang tak kisah la korang ada SPM je ke, ada Degree mahupun Master. Sijil pencapaian pun boleh bawa tau. Boleh bagi good impression kat korang daripada panel yang interview nanti. Sijil-sijil ni penting juga so that panel boleh tengok kelayakan korang dengan jawatan yang korang mohon.