PERBEZAAN RESUME & CV

Back

Korang nak apply kerja tapi bila HR minta resume atau CV korang jadi blur? Confused nak hantar resume atau CV? Senang je nak bezakan resume dengan CV sebenarnya. Baca sampai habis so korang boleh hantar resume/CV yang terbaik kat HR masa nak apply kerja!

 

#Tujuan

Resume sesuai untuk pemohon yang kurang atau tiada pengalaman kerja (fresh grads / entry level).Resume juga digunakan untuk tunjukkan perkembangan kerjaya korang.

CV pula sesuai untuk orang yang banyak pengalaman kerja. Kalau korang nak apply jawatan tinggi kenalah guna CV. Makin tinggi jawatan yang korang apply, makin tinggi gaji korang. Sebab korang apply jawatan tinggi lah, korang kena “jual” diri korang dengan lebih terperinci.

 

#Bilangan Muka Surat

Resume punya bilangan muka surat biasanya 1 muka surat je tak lebih. Korang kena make sure yang resume korang simple dan padat. HR ada lebih beratus applicants dan resume yang diorang nak tengok. So pastikan resume korang menarik dan simple. Sedap mata memandang orang kata.

CV punya bilangan muka surat mestilah lebih daripada 1 muka surat. 2-4 muka surat dah cukup. This is because korang kena ceritakan tentang diri korang dengan detail.

 

#Gambar

Resume wajib letak gambar! Gambar dalam resume boleh membantu HR untuk kenali perwatakan korang hanya melalui resume sahaja.

CV tak diwajibkan letak gambar pun tapi kalau korang nak letak jugak better letak gambar yang professional dan mengikut format. Korang kena ingat yang CV ni sifat dia professional, kemas dan teratur mengikut kronologi jadi gambar yang korang nak letak bukan selfie korang!



Drop Resume