Hanya 21.9 peratus individu yang bekerja sendiri menyumbang kepada Perkeso

Back
KUALA TERENGGANU: Hanya 634,215, atau 21.9 peratus, individu yang bekerja sendiri telah mencarum kepada Skim Keselamatan Sosial Bekerja
 Sendiri (SKSPS) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setakat ini.
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar, berkata berdasarkan data terkini sehingga 18 Jun lalu, 
jumlah itu jauh lebih rendah daripada jumlah sebenar mereka yang layak mencarum di bawah skim itu.

“Mungkin mereka ini tidak tahu sebenarnya boleh mencarum atau mungkin beranggapan hanya mereka yang mempunyai majikan sahaja yang layak mencarum.
“Selain itu, boleh jadi mereka tidak tahu apa peranan Perkeso, bagaimana Perkeso boleh membantu mereka dan kebanyakannya mereka selalu fikir tiada apa yang akan berlaku kepada mereka tetapi... apa-apa boleh berlaku kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa,” 
katanya. , sambil menambah kementeriannya akan meningkatkan kempen memperkenalkan skim kebajikan dan keselamatan sosial golongan itu.
Beliau berkata, sejak dilancarkan pada 1 Jun 2017 di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017, SKSPS melindungi individu yang bekerja sendiri dalam 20 sektor, 
dan telah membayar faedah bernilai RM15.5 juta kepada 4,890 pencarum.Sementara itu, Pusat Pemulihan Perkeso Kuala Terengganu yang merupakan satu-satunya pusat pemulihan satelit
 yang beroperasi di pantai timur bagi membantu proses rawatan pemulihan individu yang diinsuranskan telah menyediakan faedah rawatan pemulihan kepada 515 pesakit.
Seramai 111 daripada mereka yang mendapatkan rawatan telah kembali bekerja sejak ia mula beroperasi pada 28 Jun 2020.
Untuk berita terkini dan tips-tips untuk HR anda boleh klik link di SINI


Drop Resume