Gaji minimum RM1,500 seluruh sektor beri kelegaan kepada pekerja – MUTC

Back
KUALA LUMPUR: Pembayaran gaji minimum RM1,500 kepada pekerja di semua sektor termasuk majikan yang mempunyai kurang lima pekerja, bermakna tiada lagi diskriminasi terhadap pekerja di sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang merungut kerana gaji rendah.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Kamarul Baharin Mansor berkata lebihan gaji RM300 akan memberi kelegaan dan memberi kualiti hidup yang baik kepada pekerja.
 
Beliau berkata bermula hari ini pekerja di semua sektor akan menikmati gaji minimum RM1,500 tanpa mengira jumlah pekerja.
MTUC mengharapkan pembayaran gaji RM1,500 akan meredakan ketidakpuasan hati pekerja kerana terbeban disebabkan kenaikan kos barangan. Lebihan RM300 sekurang-kurangnya dapat memastikan pendapatan pekerja meningkat tanpa melalui kerenah dan pelbagai alasan daripada syarikat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata MTUC juga menggesa Jabatan Tenaga Kerja (JTK) mengambil pendekatan proaktif melalui penguatkuasaan secara efektif berhubung perkara itu dengan pergi ke tempat kerja.


Drop Resume