HR Minta Slip Gaji Syarikat Lama, Nak Jawab Apa?

Back

Korang mesti pernah pergi interview kerja lepastu HR minta slip gaji 3 bulan kat syarikat lama/semasa kan? Korang ada hak untuk tidak menyerahkan slip gaji semasa interview! Tapi korang mestilah jawab dengan sopan dan profesional supaya tidak memberi tanggapan yang buruk kepada HR.

Korang boleh jawab macam ni:

  • “Maaf, saya tidak dapat melampirkan penyata gaji atas dasar polisi syarikat dan ini akan melanggar kontrak pekerjaan dengan majikan saya sekarang. Ia sudah dinyatakan dalam kontrak bahawa semua maklumat, termasuk gaji dan faedah, adalah persendirian dan sulit.”

 

  • “Saya tidak dapat untuk menyerahkan maklumat seperti permintaan Tuan/Puan kerana saya masih bekerja dengan syarikat ini dan perlu mematuhi polisi syarikat. Saya tidak mahu mengambil risiko menghadapi tindakan tatatertib atau tindakan undang-undang.”

 

Kalau pihak HR masih berkeras juga minta korang lampirkan dokumen tu, jangan naik angin ya! Jawab macam ni:

  • “Oleh kerana saya tidak mempunyai kuasa untuk menyerahkan maklumat/dokumen ini, Tuan/Puan boleh menghubungi HR syarikat kami. Ini adalah nombor kepada salah seorang staf HR kami.”

 

Berikut cara paling efektif, berhemah dan profesional. Kebiasaannya, pihak majikan akan faham dan tidak akan mendesak. Nasihat CR, korang carilah syarikat yang mempunyai persekitaran kerja yang sihat untuk fizikal dan mental korang!

Masih mencari kerja? Boleh apply kat job portal CityRecruit!



Drop Resume