- April 11, 2024
- Posted by: cityrecruit
- Category:
No Comments
Korang mesti stress kan lepas interview kerja je mesti HR senyap takde khabar berita? Ini ada beberapa perkara yang korang boleh buat untuk majikan notice korang.
- Terima kasih – Dalam masa 24 jam, ucapkan terima kasih kepada penemuduga atas peluang yang diberikan supaya mereka nampak kesopanan dan kesungguhan korang terhadap pekerjaan tersebut. Tak perlu panjang-panjang dan pastikan anda menggunakan bahasa yang sopan dan professional.
- Follow-up – Kalau company tu ghosting korang selepas tempoh yang dijanjikan, hantarkan e-mel ringkas untuk mengetahui perkembangan status anda. Tapi ingat! jangan terlalu kerap dan menekan. Boleh jadi majikan terlalu sibuk atau ada sebab lain yang menyebabkan pengambilan pekerja baru tertangguh.
- Follow-up terakhir – Jika telah berlalu beberapa minggu tanpa berita, hantarkan follow-up yang terakahir. Hantarkan e-mel ringkas yang menegaskan minat korang pada jawatan tersebut. Ia mungkin agak agresif, tetapi ini akan menunjukkan bahawa korang betul-betul berminat untuk bekerja di syarikat tersebut.
Kalau masih lagi tak jumpa kerja yang sesuai dengan korang, boleh ke job portal CityRecruit untuk cari kerja yang korang impikan. Dari kerja kosong lepasan SPM sehingga kerja kosong kilang kita ada!