Berapa Lama Tempoh Notis Berhenti Kerja?

Back

Hi, harini kita nak cerita tentang ‘Tempoh notis berhenti kerja’.

Tempoh notis berhenti kerja adalah jangka masa yang wajib pekerja berikan kepada majikan sebelum berhenti kerja. Jadi dalam jangka masa tersebut majikan akan mencari pengganti atau membuat persiapan lain. Notis berhenti kerja ni bukan untuk jawatan eksekutif je ya! Kerja kosong kilang, kerja kosong cashier pun kena bagi notis berhenti kerja kat majikan tau.

Persoalannya, penting ke notis berhenti kerja ni?

Penting ye korang sebab ia menunjukkan kita sebagai seorang pekerja yang professional di samping dapat memastikan pemergian kita tidak mengganggu operasi syarikat. Selain itu, ia juga membantu menjaga hubungan baik kita sebagai pekerja dengan majikan dan rakan sekerja yang lain walaupun selepas berhenti kerja. Bukan itu sahaja, ia juga dapat mengelakkan korang daripada dikenakan tindakan undang-undang akibat pelanggaran kontrak yang telah dibuat.

Jom CityRecruit kongsikan beberapa perkara yang korang sebagai pekerja wajib tahu mengenai tempoh notis berhenti kerja:

Tempoh Notis:  Tempoh notis biasanya berbeza mengikut syarikat dan jawatan. Ia telah ditetapkan di dalam kontrak kerja atau perjanjian pekerjaan. So sebelum korang nak hantar notis berhenti kerja pastikan korang tahu berapakah tempoh yang telah ditetapkan oleh syarikat dalam kontrak kerja.

Notis Standard: Notis yang biasanya digunapakai oleh kebanyakan pekerjaan ialah 2 hingga 4 minggu. Ini adalah tempoh notis yang paling biasa dan disyorkan.

Pengecualian dan Rundingan:  Dalam sesetengah kes, majikan mungkin membenarkan tempoh notis yang lebih pendek seperti 24 jam atas sebab-sebab tertentu, seperti keadaan kesihatan atau masalah peribadi seperti pekerja merasa terancam atau mengalami situasi kerja yang tidak boleh diterima. Jadi rundingan ini boleh dibuat antara pekerja dan majikan untuk menetapkan tempoh notis yang berbeza.

Dah faham kan sekarang kenapa kena ada notis berhenti kerja? Sementara korang nak ‘serve notice’ korang tu dan masih job hunting korang boleh apply kat job portal kita!



Drop Resume