Boleh ke Majikan Hubungi Pekerja Selepas Waktu Bekerja

Back

Satu persoalan yang sering timbul adalah mengenai hak pekerja apabila dihubungi oleh majikan selepas waktu bekerja. Mengikut Seksyen 60A(1) Akta Kerja 1955, pekerja tidak boleh dikehendaki bekerja melebihi daripada tempoh berikut:

  • Pekerja tidak boleh bekerja lebih 5 jam tanpa rehat sekurang-kurangnya 30 minit
  • Pekerja tidak boleh bekerja lebih 8 jam sehari
  • Pekerja tidak boleh bekerja lebih 10 jam sehari berturut-turut
  • Pekerja tidak boleh bekerja lebih 45 jam seminggu

Andai anda dapati kerja melebihi syarat-syarat yang ditetapkan di atas, maka anda layak untuk menuntut bayaran tambahan kerja lebih masa atau overtime (OT) daripada majikan. Oleh itu, jika majikan menghubungi pekerja selepas waktu kerja tamat, pekerja berhak untuk tidak memberikan respon kepada mesej tersebut.

Tetapi untuk tidak menimbulkan sebarang konflik di tempat kerja, anda boleh balas kepada majikan anda yang anda akan berikan maklum balas kemudian pada hari bekerja.



Drop Resume