Kerjaya yang Bakal Hilang: Masa Depan Dunia Pekerjaan

Back

“Bayangkan anda bangun pagi dan mendapati pekerjaan anda sudah tiada dan digantikan sepenuhnya oleh teknologi kecerdasan buatan (AI). Situasi ini amat menakutkan, kan?”Laporan Future of Jobs 2025 oleh World Economic Forum meramalkan perubahan besar dalam dunia kerja, dengan beberapa pekerjaan semakin relevan, manakala yang lain kian lenyap menjelang tahun 2030. Jadi, di manakah kedudukan anda? Adakah anda bersedia untuk menghadapi perubahan ini, atau masih bergantung kepada pekerjaan yang akan hilang?

Dalam artikel ini, kita akan melihat bagaimana AI, automasi, dan teknologi moden seperti ChatGPT mengubah pasaran kerja serta bagaimana anda boleh bersedia untuk masa depan dunia kerja.

Pekerjaan yang Dijangka Hilang Menjelang 2030

Automasi dan AI dijangka menggantikan pekerjaan yang melibatkan tugas berulang, rutin, atau manual. Berikut adalah beberapa pekerjaan yang mungkin tidak lagi wujud:

  • Kerani Data: Perisian AI dapat memproses data dengan lebih cepat dan tepat, mengurangkan keperluan input manusia.
  • Telepemasaran: Chatbot dan alat perkhidmatan pelanggan yang dikuasakan AI semakin menggantikan peranan ini.
  • Pekerja Kilang: Industri pembuatan kini menggunakan sistem robotik untuk kecekapan yang lebih tinggi.
  • Juruwang Bank: Dengan perbankan dalam talian dan ATM, peranan ini semakin berkurangan. (Bank tellers)
  • Ejen Pelancongan: Ramai pengguna kini memilih platform layan diri seperti Agoda untuk menempah percutian.
  • Juruwang Runcit: Sistem layan diri dan kaedah pembayaran tanpa tunai menjadikan peranan ini tidak relevan.
  • Pemandu Teksi: Aplikasi e-hailing dan kemunculan kenderaan autonomi mengancam industri teksi tradisional.
  • Akauntan, “Bookeeping” & “Payroll” : Automasi tugas seperti penyediaan laporan kewangan kini dilakukan oleh perisian seperti QuickBooks.
  • Pelayan Restoran: Robot pelayan dan sistem pesanan automatik semakin popular, terutamanya di restoran besar dan francais global.
  • Pereka Grafik: AI seperti MidJourney dan DALL-E mampu menghasilkan reka bentuk unik dan visual kreatif hanya berdasarkan arahan teks.
  • Guru & Pensyarah: Peranan guru mungkin berubah kepada lebih banyak penyeliaan atau menjadi fasilitator pembelajaran.
  • Pekerja Penghantaran: Dron penghantaran dan kenderaan autonomi seperti robot penghantaran mula digunakan oleh syarikat seperti Amazon dan Domino’s.

Pekerjaan Yang Mungkin Ai Tidak Mampu Menggantikan

Walaupun AI sedang merevolusi pelbagai industri, ia tetap mempunyai batasan. AI tidak mampu menggantikan pekerjaan tertentu, terutama yang memerlukan empati, kreativiti, dan pemahaman mendalam terhadap emosi manusia.

  • Analisis Data: Seiring dengan integrasi AI dalam perniagaan, kemampuan untuk menganalisis dan mentafsir data akan menjadi penting. Ini termasuk kemahiran dalam perlombongan data, visualisasi data, dan analisis statistik.
  • Pengaturcaraan: Pengetahuan tentang bahasa pengaturcaraan seperti Python, Java, dan R akan menjadi sangat bernilai untuk membangunkan dan menyelenggara sistem AI.
  • Pembelajaran Mesin: Memahami prinsip pembelajaran mesin dan bagaimana untuk mengaplikasikannya akan menjadi penting untuk membangunkan dan meningkatkan sistem AI.
  • Komunikasi: Seiring dengan kemunculan AI dalam tenaga kerja, kemampuan untuk berkomunikasi dengan berkesan dengan mesin dan manusia akan menjadi keperluan supaya kita dapat mengeluarkan output yang diinginkan.
  • Kreativiti: Walaupun AI mengotomasi tugas berulang, ia masih kekurangan kebolehan untuk berfikir secara kreatif. Individu yang boleh berfikir di luar kotak dan menghasilkan penyelesaian inovatif akan sangat dihargai.

Langkah untuk Bersedia Menghadapi Pasaran Kerja Masa Depan Untuk kekal relevan dalam dunia kerja yang dikuasai AI

1. Tingkatkan Kemahiran (Upskilling)

  • Pelajari kemahiran baharu seperti analisis data, pemasaran digital, dan pengaturcaraan. Ikuti kursus dalam talian, bengkel, atau komuniti profesional untuk memahami trend terkini.
  • Fokus pada bidang yang sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi seperti pengurusan AI dan teknologi kewangan (fintech).
  • Perkembangan Kemahiran Insaniah: Asah kreativiti, keupayaan menyesuaikan diri, dan kecerdasan emosi. Tingkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan. Melatih pemikiran kritis dan penyelesaian masalah yang relevan untuk situasi kompleks.

2. Memahami tren pasaran kerja

  • Menganalisis dan sentiasa peka terhadap perubahan dan permintaan dalam pasaran kerja
  • Gunakan aplikasi kerja seperti Jobstreet, Maukerja dan Jora untuk mengetahui carian kerja yang banyak dari semasa ke semasa untuk meramal tren pasaran kerja and mengenal pasti peluang.

Bukan ancaman, tetapi peluang!

Perkembangan & penglibatan AI dan automasi bukanlah pengakhiran, tetapi peluang untuk berkembang. Dengan memahami pekerjaan yang berisiko, mengenal pasti pekerjaan yang masih mempunyai jangka hayat yang panjang, dan mengambil langkah untuk meningkatkan kemahiran, anda boleh kekal relevan dalam pasaran kerja serta boleh meningkatkan kebolehpasaran anda.

Daripada takut akan perubahan, terimalah ia sebagai peluang untuk membina kerjaya yang lebih baik. Masa depan adalah tentang kerjasama antara manusia dan AI—bukan persaingan.



Drop Resume