Grab Terus buang 1000 Pekerja!

Back
Syarikat Grab baru-baru ini mengumumkan langkah penstrukturan semula di mana seramai 1,000 orang tenaga pekerja akan dihentikan.

Langkah tersebut akan menjejaskan kira-kira 11 peratus daripada jumlah keseluruhan kakitangan syarikat tersebut, antara yang terbesar pernah dibuat.

Dalam satu kenyataan, CEO-nya Anthoy Tan menjelaskan langkah tersebut diambil bukan sebagai satu jalan pintas untuk mencapai keuntungan.

“Perubahan tidak pernah sepantas ini. Teknologi seperti Generative AI sedang berkembang dengan pantas. Kos modal juga meningkat, memberikan kesan secara langsung kepada landskap persaingan.

“Matlamat utama langkah penstrukturan semula ini adalah untuk menyusun semula syarikat secara strategik, supaya dapat bergerak dengan pantas, bekerja dengan lebih bijak dan mengimbangi semula sumber seluruh portfolio selari dengan strategi jangka panjang kami.

Sebelum ini, Grab telah menghentikan 360 orang pekerja pada tahun 2020 – atau lima peratus daripada jumlah tenaga kerja keseluruhan – disebabkan oleh wabak pandemik yang melanda dunia pada ketika itu.

Dapat sesuatu? inginkan berita terkini? Klik Link Di Sini



Drop Resume