Job ID: 4047
OPERATOR WANITA KILANG MEDIKAL (TEBRAU, JOHOR)
Specialisation: Manufacturing – Production/ Machine Operations
Education Qualification: Primary/ Secondary/ O level
Work Location : Pandan-Tebrau, Johor
Salary Range : RM 1,700.00 – 2,400.00
Date : July 16, 2025

Jawatan Kosong: Operator Kilang Medikal
Lokasi: Kawasan Perindustrian Tebrau 1, Johor
Profil Syarikat:
Syarikat ini merupakan pengeluar alat bantuan pernafasan dan mengutamakan suasana kerja yang selesa, bersih, dan berhawa dingin. Semua pekerja adalah warganegara Malaysia dan kebanyakan tugasan adalah kerja duduk.
Deskripsi Jawatan:
Kami sedang mencari calon yang komited untuk mengisi kekosongan sebagai Operator Pengeluaran di kilang medikal. Calon akan menjalankan tugasan di bahagian pengeluaran khas, memerlukan ketelitian dan kesabaran.
Butiran Gaji & Elaun:
- Gaji Pokok: RM1,700
- Elaun Shift Pagi: RM7/hari
- Elaun Shift Malam: RM12/hari
- Elaun Pengangkutan: RM5/hari
Waktu Bekerja (Shift Tetap):
- Masa: 8.00 pagi – 8.00 malam / 8.00 malam – 8.00 pagi
- Pola: 3 hari kerja, 2 hari cuti, 2 hari kerja, 3 hari cuti (bergilir)
Kelebihan Jawatan:
- Caruman KWSP, PERKESO dan EIS
- Tuntutan perubatan (medical claim)
- Insurans pekerja disediakan
- Bonus tahunan
- Persekitaran kerja berhawa dingin dan selesa
- Jadual kerja tetap dan stabil
- Keutamaan kepada calon wanita yang memenuhi keperluan pengeluaran
- Shift malam amat digalakkan
- Pekerja tempatan sepenuhnya
Kriteria Kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai tahap ketelitian yang tinggi
- Boleh bekerja dalam shift tetap dan waktu panjang
- Keutamaan kepada calon wanita